tuaian kebun perumahan 1 Julai 2015
Alhamdulillah dapat menuai beberapa sayuran dari kebun perumahan untuk digunakan semasa sahur. Tuaian kali ini ialah daun ulam raja, buah mulberi dan terung yang terbantut akibat serangan perosak.
Selain itu, biji biji benih ulam raja dikumpulkan untuk disemai di kampung dan diberi kepada kak chak.
Pokok bebuas pula sedang berbuah, beberapa ekor burung merbah kadang kadang hinggap untuk mengutip buah bebuas. Burung menjadi agen penyebaran benih pokok bebuas.

Assalamualaikum...bebuas? Apa pokoknya...
BalasPadamWaalaikumsalam, pokok bebuas sejenis pokok ulam renek, buah berwarna kehitaman, banyak tumbuh meliar dikawasan kampung,
PadamDaun muda sedap dibuat ulam,
Saya akan cuba letak gambar pokok