balik kampung 8 Ogos 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung sekejap pada 8 Ogos 2015. Hanya ada masa sejam berada di kampung. Sempat menjenguk kebun dibelakang rumah.



Terung
Beberapa biji buah terung dituai dan dijadikan ulam ulaman. Terung bulat siam paling sedap dibuat ulam dan dicicah dengan sambal belacan.

Timun
Timun masih lagi nampak sihat dan menjalar mencari ruang yang lebih luas dan tinggi. Walaupun masih kecil, pokok sudah berbunga.

Kacang panjang
Kacang panjang nampaknya masih lagi terselamat. Harap harap akan cepat menjalar ke pagar. InsyaAllah akan cuba ditambah baja pada minggu yang akan datang.

InsyaAllah akan cuba membina kebun yang lebih baik pada minggu minggu hadapan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus