perkembangan kebun perumahan 15 Ogos 2015

Alhamdulillah, dapat mengemas sedikit kebun perumahan dalam kekalutan untuk balik ke kampung.



Lobak merah
Lobak merah nampaknya semakin membesar. Umbisi masih kecil tetapi daun lobak merah sudah semakin merimbun.

Ulam raja
Benih benih ulam raja yang dikutip semakin banyak. InsyaAllah boleh diedarkan kepada mereka yang berminat dengan kos minima.

Automasi kebun
Alhamdulillah beberapa barang untuk proses automasi kebun sudah tiba. Nampaknya dapat memulakan proses automasi selewat lewatnya bulan hadapan sebelum fenomena musim panas tiba.



Mulberi
Batang mulberi di pangkas untuk menggalakkan penghasilan buah. Daun mulberi yang masih muda dituai dan dijadikan hidangan sup. Batang mulberi direndam dahulu didalam air kerana kekurangan bekas untuk menyemai.

Semai benih benih baru
Benih benih cabai dan terung eksotik cuba disemai. Harap harap akan tumbuh. Untuk benih terung, benih disemai secara banyak didalam satu lubang kerana kesuntukan masa untuk menyemai didalam lubang yang berasingan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus