balik kampung 17 September 2015

Alhamdulillah dapat balik kampung sekejap pada cuti hari Malaysia dan disambung ke hari khamis kerana ada urusan kerja. Hujan renyai renyai pada waktu pagi dan hujan lebat pada sebelah malam menjadikan tanah basah dan air didalam parit tinggi.

Benih benih timun, petola ular dan petola segi dibawa balik ke kampung. Benih timun dan petola ular selamat dipindahkan ke tempat yang sesuai. Manakala petola segi akan disemai kemudian kerana kesuntukan masa untuk menyedia tempat semaian.

Cabai solok yang sesuai dituai pula habis dikerjakan oleh ayam ayam kampung. Nampaknya ayam kampung sudah menggemari cabai. Kawasan semaian akan dipagar.

Benih ulam lemak ketam sudah dibawah pulang. InsyaAllah akan bawa balik beberapa jenis benih lagi untuk dicuba dikebun kampung.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus