balik kampung 6 September 2015


Alhamdulillah dapat balik kampung lagi.

Kali ini menjelajah sehingga ke Kuala Perlis. Masa di kampung sangat suntuk. Hanya dapat luangkan masa sedikit untuk menjenguk keadaan kebun. Masih ada peluang dan ruang untuk menyediakan kebun kampung yang diidam diidamkan.


Ayam belanda
Ayah pula hendak mencari benih anak ayam belanda untuk dibela. InsyaAllah akan cuba dapatkan dalam bulan ini. Ayah memang minat membela ayam belanda.

Cabai solok
Cabai solok dibelakang rumah semakin banyak yang berbuah. Sesuai untuk dijadikan solok lada atau dijadikan cabai kicap.



Tenggek burung
Pokok tenggek burung pula sudah mula berbunga. Pucuk pucuk diambil supaya pucuk baru akan keluar.


Memancing

Aktiviti memancing ikan haruan masih belum membuahkan hasil walaupun kelihatan kelibat ikan haruan. Apa yang diperlukan sekarang ialah sedikit kesabaran dan doa insyaAllah. Semasa mencari tempat untuk memancing kelihatan terusan yang sudah semakin kering kerana padi sudah diambil. Kelihatan juga kebun kebun timun dan bendi yang ditanam penduduk kampung yang rajin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus