cabai solok kebun perumahan 16 September 2015

Alhamdulillah, bersempena cuti hari Malaysia tahun ini, dapat juga menjenguk kebun perumahan. Buat masa sekarang, cabai solok paling banyak berbuah.



Pokok ditanam didalam bekas polisterin. Sulur dari pokok petola bantal yang kering dijadikan bahan sungkupan untuk mengelakkan tanah kering. Namun, harus berhati hati kerana binatang liar seperti ular boleh bersarang didalam sungkupan.

Pokok ini disiram dengan baja ikan dan juga tanam kompos. Alhamdulillah buat masa ini, tiada lagi serangan lalat buah yang berlaku.

Pokok cabai solok tahan lasak dan dapat memberi hasil untuk jangka masa yang lama. Tuai kesemua buah yang sesuai untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak buah.

Buat masa ini, tanaman tomato kingkong juga dialih untuk dijadikan sebagai peneman tanaman cabai solok. Harap harap akan menjadi tanaman peneman yang baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus