perkembangan kebun perumahan 5 September 2015

Alhamdulillah dapat membuat beberapa aktiviti di kebun perumahan sebelum bertolak pulang ke kampung.

Barang barang lama
Barang barang kebun yang tidak diperlukan dibawa balik ke kampung.

Kompos

Kompos yang terhasil daripada sisa dapur pula di pindahkan ke pasu pasu sayuran seperti cabai solok, mulberi dan terung.

Semaian
Semaian kangkung tidak terhasil kerana benih stok lama sudah tidak bernas.




Semaian terung dan tomato beefsteak berjaya bercambah. Semaian tomato menjadi memanjang  dan lemah kerana tidak mendapat cahaya matahari.



Benih petola ular, petola biasa dan timun mini di semai. Mudah mudahan akan cepat bercambah. Benih benih ini akan ditanam dikampung. Buat masa ini akan menyediakan juga tempat untuk ditanam dikampung.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus