perkembangan kebun perumahan 8 September 2015

Alhamdulillah dapat menjenguk sebentar kebun perumahan

Tomato beefsteak
Benih benih kebanyakan rosak kerana bumbung tempat semaian bocor. Hujan lebat sejak beberapa hari ini. Habis semaian patah dan tercabut. Hanya dapat selamatkan dua anak benih setakat ini.

Semaian petola biasa, petola ular dan timun
Alhamdulillah semaian petola biasa dan timun sudah bercambah. Cambahan berlaku tidak sampai 5 hari.

Masih menunggu semaian petola ular bercambah

Pokok tin
Pokok tin variety brown turkey menunjukkan tanda akan berbuah lagi. Semaian keratan tut pula diubah ke tempah yang lebih terang.

Kucai
Setakat ini semaian kucai masih belum bercambah

Semaian kailan
Benih kailan dari stok lama cuba dicambahkan. Jika bernasib baik akan bercambah.

Terung
Terung telunjuk yang disemai didepan rumah semakin sihat. Satu lagi pokok yang ditanama tidak begitu sihat kerana diganggu kucing.

Cabai solok
Cabai solok sedia untuk dituai. Setakat ini dibiarkan dahulu di pokok.

Perancangan membaja
InsyaAllah akan menambah baja organik kepada tanam tanaman.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus