perkembangan semaian timun, petola segi dan petola ular


Alhamdulillah, semaian sayuran dari jenis menjalar sudah dilaksanakan. Sekarang menanti untuk dipindahkan ke lokasi pembesaran.



Beberapa pokok timun akan ditanam di sekitar kebun perumahan. Selebihnya akan dibawa pulang ke kampung.

Petola segi juga akan cuba disimpan dua pokok bagi menggantikan petola bantal yang sudah tua.

Pokok petola ular pula akan dibawa pulang ke kampung.

Peratus percambahan

Kadar percambahan penih petola segi dan timun memuaskan dengan peratus percambahan lebih 80 peratus.

Manakala petola ular setakat ini kadar percambahan hanya 20 peratus atau satu biji yang bercambah dari lima biji yang disemai.

Jangkamasa percambahan

Benih timun dan petola segi bercambah tidak sampai 5 hari disemai. Manakala petola ular mengambil masa yang lebih lama sekitar 8 hari. Mungkin kulit benih petola ular lebih tebal berbanding timun dan petola segi.

Tuaian hasil
InsyaAllah tuaian dijangkakan bermula bulan november atau disember.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus