semaian terbaru di kebun perumahan 23 September 2015

Alhamdulillah, dapat mengurus kebun perumahan sedikit pada awal pagi. Beberapa semaian baru dibuat.

Semaian yang tidak tumbuh
Semaian lobak putih tidak bercambah. Kemungkinan tiada percambahan kerana benih lama.

Semaian baru
Semaian benih kobis mickey, daun pudina dan daun sup dibuat. Benih pudina sangat halus. Kaedah yang dicuba ialah dengan memanam didalam bekas semaian berisi kompos.

Semaian lama yang perlu diubah
Benih terung telunjuk akan dibawa balik ke kampung. Benih terung panjang pula perlu dipindahkan ke bekas semaian yang lebih besar kerana sudah mula mengeluarkan daun sebenar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus