perkembangan kebun perumahan 3 Oktober 2015

Alhamdulillah, sempat mengurus kebun perumahan sebelum balik ke kampung.

Cuaca sekarang berjerebu menyebabkan aktiviti riadah diluar rumah terpaksa dikurangkan. Hujan masih turun memudahkan urusan mengurus kebun kerana kurang keperluan untuk menyiram.



Mulberi
Kali ini dapat menuai mulberi yang betul betul masak. Rasanya sangat manis dan sedap.


Timun mini
Pokok timun yang ditanam dua minggu lepas didalam polibeg semakin membesar. Terdapat dua lagi pokok timun mini yang dipindahkan kedalam bekas yang lebih besar.

Semaian lain
Anak benih daun sup nampaknya sudah mulai bercambah. Disamping itu, benih sawi bunga yang dibeli beberapa bulan yang lepas turut disemai.

Beli barang kebun
Beberapa barang kebun seperti topsoil dan kompos dibeli. InsyaAllah akan mencuba benih tomato ceri dan tomato renek juga.

Benih kucai juga dibeli untuk percubaan menyemai kali kedua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus