balik kampung 7 November 2015


Alhamdulillah, dapat balik lagi ke kampung. Kali ini hanya sempat jenguk jenguk kebun di kampung dan tuai sedikit hasil.

Air sungai meningkat di belakang rumah akibat hujan dan air pasang. Jadi aktiviti memancing tidak dapat dilakukan.



Terung
Terung minggu lepas mencapai saiz yang agak besar bagi kategori terung telunjuk. Harap harap akan dapat menuai lebih banyak terung dalam sebulan lagi.


Petola ular pula masih lagi bertatih untuk memanjat jaring di tepi pagar. Harap harap akan cepat membesar. Tak sabar hendak menunggu hasil petola ular pula.

Petola bantal pula tumbuh sendiri dari biji benih buah yang tidak dikutip. InsyaAllah akan dapat merasa tuaiain petola bantal juga nanti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus