balik kampung 20 Disember 2015

Alhamdulillah, pada pengakhiran tahun ini masih sempat ziarah balik ke kampung. Beberapa aktiviti dilakukan. InsyaAllah, pada minggu depan lebih banyak kerja yang dapat dilakukan kerana cuti panjang. Musim sekarang sudah menunjukkan permulaan musim angin timur yang kering.

Tuaian terung

Alhamdulillah, terung pelbagai vareiti dapat dituai lagi. InsyaAllah akan dijadikan hidangan bila pulang ke Pulau Pinang.

Cuci parit
Parit yang tersumbat didepan rumah akhirnya berjaya dicuci. Saluran paip yang tersumbat akibat sampah sarap berjaya dibersihkan. Akhirnya air didalam parit kembali surut. Kali ini, terpaksa turun kedalam air sehingga basah habis pakaian untuk mencari bahagian parit yang tersumbat.

Memancing
Alhamdulillah, rezeki semakin banyak sekarang ini kerana musim menuai padi sudah hampir tiba tidak lama lagi.

InsyaAllah pada minggu hadapan akan melakukan kerja membersih kebun kampung yang penuh dengan lalang dan pelepah nyior yang perlu dikutip. Disamping itu, akan mengambil pisang di kampng yang sudah hampir masak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus