balik kampung cuti 25 Disember 2015

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada cuti panjang bersempena Maulidur Rasul dan cuti Krimas pada tahun ini. Kesempatan ini digunakan untuk membuat kerja kampung.


Bersih kebun dan tali air

Kebun kampung yang dinaiki semak samun dapat dibersihkan. Banyak rumput dan anak pokok yang tumbuh di kawasan kampung. Mesin rumput digunakan untuk memotong rumput dan anak pokok. Jika dibiarkan lebih lama, anak anak pokok perlu dibersihkan menggunakan parang dan golok.

Parit yang dipenuhi oleh rumpai dan kangkung juga dibersihkan supaya aliran air lebih baik.

Pindah dan baiki reban ayam

Ayah ingin memulakan balik projek membela ayam. Reban ayam yang ada diubah ke bahagian yang belakang rumah. Kerja mengubah reban ayam memerlukan ramai tenaga kerja. Alhamdulillah, dengan ramai anak, menantu dan cucu yang balik bercuti, aktiviti mengubah reban ayam dapat dilaksanakan.



Memancing

Alhamdulillah aktiviti memancing oleh anak saudara yang balik bercuti ke kampung berjaya dilaksanakan. Hampir setiap hari mereka memancing di parit sekitar kampung. Dapatlah juga merasa masak pindang ikan haruan untuk makan tengah hari di kampung.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus