perkembangan kebun perumahan 15 Disember 2015

Alhamdulillah kebun perumahan pada masa ini sedang menghasilkan beberapa hasil baru. Ada tanaman yang berjaya dan ada yang kurang berjaya.



Pokok tin
Buah pokok tin varieti BTM yang diharap harap untuk dituai akhirnya layu dan jatuh ketanah. Akibat kesibukan tugas, pokok tidak dapat disiram selama beberapa hari. Buah akhirnya kecut. InsyaAllah akan cuba memasang sistem pengairan automatik yang sudah lama terbantut.

Pada masa yang sama, buah tin vareiti Masui Dauphine pula sedang terbentuk. Harap harap dapat dituai buah vareiti ini insyaAllah.

Pokok cabai solok
Cabai solok mula mengeluarkan pucuk pucuk yang baru. Dan bersam sama dengan pucuk yang baru bunga dan akhirnya buah cabai solok yang baru. Disamping itu, pokok bayam hijau yang tumbuh sendiri didalam bekas yang sama akan dapat dituai beberapa minggu lagi.

Terung telunjuk
Buah terung masih lagi banyak untuk dituai malah sedang berbuah lagi. Buah yang sesuai untuk dituai apabila dipicit terasa seperti spring kerana isi didalam masih lembut. Buah pada peringkat ini sesuai untuk dijadikan ulam.


Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus