perkembangan kebun perumahan akhir disember 2015

Alhamdulillah, pada akhir disember ini dapat juga menjenguk kebun perumahan. Buat masa ini, kebun agak tidak terurus dan tidak cantik dipandang. Kelihatan kawasan laman seperti semak samun sahaja.
Kekangan masa menyebabkan projek membaiki dan mengindahkan kebun perumahan tergendala. Dari segi bajet sudahpun mencukupi untuk melakukan kerja kerja membaiki dengan sendiri.



Cabai solok
Alhamdulillah cabai solok sudah boleh dituai. Beberapa biji cabai solok diambil untuk dijadikan cabai kicap.

Tomato king kong
Akhirnya tomato king kong sudah mula membesar dengan baik. Harapan sangat tinggi untuk merasa tuaian daripada pokok tomato king kong. Hanya tiga pokok tomato yang berjaya membesar sehingga sedia untuk berbuah.

Terung
Terung telunjuk sudah tidak berbuah lagi. Pokok diserang oleh penyakit yang menyebabkan pucuk pokok terung tidak membesar.

Petola bantal
Petola bantal nampaknya sudah berbuah lagi. Namun, sudah terlambat untuk dituai sebagai makanan kerana sudah tua. Buah petola terlindung dicelah celah semak. Buah akan dibiarkan masak dan pokok akan dipangkas. Kemungkinan, hayat pokok petola bantal ini tidak lama kerana sudah menghasilkan buah yang masak.

Pokok pandan
Pokok pandan yang ditanam nampak sihat. Pokok pandan ditanam di kawasan teduhan sahaja supaya tanah selalu lembap. Benih yang dibawa dari kampung akhirnya dapat hidup setelah beberapa kali mencuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus