balik kampung cuti raya cina 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung bersempena cuti hari raya Cina 2016. Keadaan sekarang adalah kemuncak musim angin timur. Cuaca sangat kering dan kurang taburan hujan. Awal pagi cuaca menjadi dingin dan tengah hari menjadi sangat terik.

Diantara aktiviti yang dilakukan dikampung ialah menyediakan kawasan berpagar untuk membela ayam kampung. Masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan sebelum jaring dapat dipasang dan ayam dapat dibela.

Kangkung didalam parit perlu dibersihkan. Kemungkinan boleh dijadikan sebagai baja tanaman apabila musim hujan tiba kelak.

Pada masa ini, pokok mempelam sudah mula mengeluarkan putik bunga. Ada pokok yang baru luruh daun lama. Jadi, kerja mengumpulkan daun daun yang luruh dilakukan. Daun daun kering yang terkumpul dibakar.

Antara kerja yang tertangguh ialah mencuci parit dihadapan rumah dan juga memotong rumput dibelakang rumah. Pada waktu angin timur, sesuai untuk menebang pokok dan membersih kebun kerana cuaca kering membolehkan pokok yang ditebang dibakar dan kerja membersih kebun bertahan lebih lama kerana tumbesaran rumput rumpai menjadi perlahan. InsyaAllah pada kesempatan yang lain akan cuba menyiapkan kerja di kampung sebelum musim angin timur tamat.

Dimusim cuti hari raya cina ini juga dapat terlibat dalam perjumpaan keluarga. Alhamdulillah dapat juga mengenali keluarga besar saudara saudara yang jarang berjumpa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus