memancing ikan sembilang

Alhamdulillah dapat belajar teknik memancing ikan sembilang pada minggu ini.

Bermula dari cara mencari cacing laut sehingga cara memancing ikan sembilang.

Cacing laut menjadi umpan yang sesuai untuk memancing ikan sembilang kerana mudah didapati dikawasan tepian pantai yang berpasir. Isi ikan atau bahan yang mempunyai bau yang kuat digunakan untuk mencari umpan ini. Cacing laut perlu ditangkap dengan cepat. Latihan diperlukan untuk menangkap cacing laut dengan cekap. Jika tidak, agak susah dan memenatkan proses mencari cacing laut.

Waktu yang sesuai untuk memancing ikan sembilang ialah sewaktu air mulai pasang. Pada ketika ini, ikan sembilang akan datang ke tepian pantai untuk mencari makanan. Teknik menggunakan pelampung boleh digunakan. Ternyata teknik ini berkesan apabila lubuk ikan sembilang berjaya dikesan.

Aktiviti memancing sembilang boleh diadakan pada waktu malam. Aktiviti memancing pada waktu malam sesuai untuk dijadikan aktiviti santai seisi keluarga.

InsyaAllah akan cuba mempraktikkan ilmu memancing yang dipelajari.

Alhamdulillah, dapat juga merasa gulai ikan sembilang yang baru dipancing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus