nasib ikan haruan yang dipancing, 24 Februari 2016

Ikan haruan yang dipancing baru baru ini dirancang untuk dibawa balik ke kampung. Saiz yang berjaya dipancing baru baru ini sesuai untuk dibuat ikan bakar.

Namun, rezeki tidak menyebelahi kali ini kerana ikan berjaya melompat keluar daripada tempat kurungan. Ikan akhirnya mati di kawasan hadapan rumah. Apabila diamati, ikan masih boleh dijadikan ikan kering.

Jadi, ikan disiang, dibelah belakang dan digaramkan. Ikan akan dijemur sehingga kering. Walaupun harga ikan haruang kering sangat baik. Ikan haruan segar lebih digemari. Antara menu nostalgia ialah ikan haruan bakar. Samaada dibelah belakang dan diisi dengan ramuan rempah ataupun dibakar bersama garam dan serbuk kunyit.

InsyaAllah akan cuba memancing lagi ikan haruan. Ikan yang mendapat tempat sebagai hobi disamping berkebun.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos