perancangan sistem akuaponik dan sayuran

InsyaAllah akan cuba menjayakan program sistem akuaponik untuk kebun perumahan.

Kolam yang ada sesuai untuk menternak sekitar seratus ekor ikan. Kos elektrik mungkin sekitar RM 60 ringgit seminggu. Ikan yang dipilih kemungkinan dari spesis omnivor seperti ikan kaloi atau tilapia.

Ikan keli juga akan turut dibela kerana mampu diternak didalam kapasiti yang tinggi didalam tempat terhad.

Disamping itu, akan cuba menjayakan projek menanam sayur dalam pasu untuk mencapai penggunaan sayur sepenuhnya dari kebun sendiri. Sasaran awal ialah mewujudkan pasu sayuran yang cepat dituai seperti bayam dan kangkung.

InsyaAllah harapan sebelum bulan enam perancangan ini dapat dicapai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus