perkembangan kebun perumahan 11 Februari 2016

Alhamdulillah, dapat juga mengurus kebun perumahan pada musim kering ini.


Pokok tin
Tugasan paling kritikal ialah memastikan pokok tin mendapat air yang secukupnya. Jika tidak, pokok kemungkinan akan layu dan buah buah yang sedang membesar akan kecut dan gugur.


Cabai solok
Cabai solok sudah terlebih masak. Buah buah dikutip dan dibawa balik ke kampung.





Petola bantal
Pokok petola bantal masih menghasilkan buah. Kali ini memanjat pada batang pokok limau purut.







Semaian sayur
Semaian sayur semakin membesar. Semaian dijarangkan untuk mengelakkan pertumbuhan sayur terbantut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos