perkembangan kebun perumahan 21 Februari, tuaian petola bantal, cabai solok, pancing haruan

Alhamdulillah, pada hujung minggu ini jadual sangat padat. Terpaksa berjaga awal pagi untuk menyiapkan tugasan. Ternyata satu pengalaman yang bermakna untuk bangun awal dan melihat keadaan awal pagi sebelum subuh.





Petola bantal
Petola bantal setelah lebih kurang seminggu dapat dituai. Belum pasti dapat dimakan sehinga dikupas nanti. Jika terlalu berserat, mungkin akan dijadikan sebagai kompos.

Pokok tin green jordan
Pokok tin green jordan telah menjadi layu kerana pokok tidak sempat disiram ketika cuaca panas terik selama tiga hari. Putik putik buah banyak yang gugur. Nampaknya, pokok perlu diubah kekawasan yang lebih teduh

Tut pokok tin
Alhamdulillah sudah selesai mengetut dan memindahkan pokok yang ditut ke dalam pasu. InsyaAllah selepas sebulan bolehlah dipindahkan pokok ke tempat yang lebih sesuai.

Memancing
Alhamdulillah ada rezeki memancing pada minggu ini. Ikan haruan dan keli menjadi habuan. InsyaAllah akan dijadikan hidangan tengah hari dan dibuat ikan kering.

Sawi renek
Alhamdulillah sawi renek sedang membesar. Sawi ini juga menjadi kegemaran siput dan lintah bulan. Jadi, perosak ini dicari dan dimusnahkan. Diantara tempat persembunyian perosak ialah dibawah pasu. Disamping itu, perosak juga boleh dicari pada waktu malam.



Cabai solok
Cabai solok yang terlindung dibalik pasu yang lebih besar rupa rupanya masih mempunyai buah yang sudah masak. Warna buah sangat merah. InsyaAllah akan memulakan penanaman cili yang baru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus