perkembangan kebun perumahan akhir Januari 2016

Alhamdulillah, pada hari akhir bulan Januari 2016,
beberapa aktiviti berkebun berjaya dilaksanakan



Tut pokok tin
Pokok tin varieti btm6 berjaya ditut. Proses mengetut hanya mengambil masa dalam 15 minit. Bermula dengan mengelar kulit pokok tin menggunakan pisau tajam. Kemudian lapisan kulit dikeluarkan. Bahagian atas kulit yan terdedah disapu dengan hormon pengakaran sebelum dibalut dengan bahan kompos yang diisi didalam bekas plastik. Pita pelekat digunakan untuk membalut plastik kompos pada bahagian yang ditut.

Tuai bayam
Bayam yang dituai minggu lepas sudah mengeluarkan empat lagi sulur. Kesemua sulur dituai ketika masih batang bayam masih lembut. Alhamdulillah, anak benih bayam baru sudah mulai tumbuh.

Tuai pucuk belalai gajah
Pucuk belalai gajah banyak yang tumbuh bila dipangkas, Pucuk yang masih mudah dipatahkan dengan jari sesuai untuk dijadikan ulaman makan tengah hari.

Semai benih sayur
Varieti sayur pak choi versi kerdil di semai bersama lebihan benih arugula. Harap harap benih akan tumbuh.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos