perkembangan kebun perumahan pokok tin 13 Feb 2016

Alhamdulillah, minggu ini dapat menuai buah pokok tin vareiti Masui Dauphine dan memancing.

Buah dibalut dengan plastik untuk memastikan buah tidak jatuh ke tanah atau kedalam parit. Apabila buah tin sesuai untuk dituai, hanya perlu memulas buah dengan lembut dan buah akan mudah tertanggal dari dahan pokok tin. Buah akan menjadi lebih besar apa bila mulai masak. Rasa buah tidak terlalu manis tetapi ada rasa lemak. Keseluruhan buah dimakan kecuali bahagian tangkai yang diberi kepada ikan kaloi.

Buah green jordan masih belum masak tetapi sudah luruh. Kemungkinan buah luruh sebelum asak disebabkan beberapa kali pokok menjadi layu akibat tidak sempat disiram. InsyaAllah harap dapat merasa buah tin vareiti green jordan yang masak tidak lama lagi.

Memancing

Alhamdulillah ada sedikit rezeki memancing ikan minggu ini. Ikan haruan yang berjaya dipancing dimasak dan diberi orang yang baru menjalani pembedahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos