jalan jalan tengok kebun

Alhamdulillah, pada hujung minggu yang lalu, sempat juga mendaki bukit jambul.

Kebetulan terdapat tanaman yang diusahakan diatas sana. Terdapat terung ungu panjang yang ditanam. Tanaman baru hendak mula berbuah. Rasa teruja dengan tanaman yang diusahakan.

Terdapat satu kawasan yang ditanaman dengan beberapa barisan anak terung. Bila berbuah nanti tentu banyak hasil yang dapat dituai.

Terdapat juga tanaman petola dan bendi. Jika diusahakan dengan lebih baik lagi, tentu nampak cantik kebun di puncak bukit jambul. Namun, terdapat risiko tanaman dirosakkan oleh monyet yang berkeliaran di kawasan pendakian.

Terdapat juga pokok jering yangn sedang berbuah. Buah masih lagi terlalu muda untuk diambil.

Dikaki bukit jambul terdapat laman kaduk yang tumbuh liar. Bagi yang berkunjung rasanya tidak ada masalah untuk mengambil pucuk kaduk untuk dijadikan ulam.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos