perkembangan kebun kampung

Alhamdulillah dapat balik ke kampung sekejap pada minggu lepas. Cuaca masih lagi panas dan kering di utara tanah air. Anak anak sungai menjadi kering sehingga menampakkan dasar.

Pada masa ini, parit parit sesuai untuk dibersihkan dan sampah mudah dikeluarkan daripada parit.

InsyaAllah akan cuba membuat perancangan menternak sedikit itik untuk kegunaan sendiri.



Memancing
Alhamdulillah masih ada ikan yang sudi menangkap umpan. Ikan disimpan dulu, kalau ada rezeki dan ikan hidup lagi, akan dijadikan hidangan tengah hari.



Pokok terung
Terung vareiti telunjuk di belakang rumah masih lagi produktif walaupun banyak buah yang masak tanpa dituai. InsyaAllah akan cuba menanam vareiti terung panjang ungu kerana lebih digemari berbanding vareiti telunjuk.



Bendi
Disatu sudut kebun jiran kelihatan bendi kampung yang tumbuh subur walaupun cuaca begitu kering sekali. Nampaknya akan cuba menanam bendi varieti kampung yang tahan lasak dan mempunyai tempoh tuaian yang panjang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus