perkembangan kebun perumahan 24 Mar 2016

Alhamdulillah sedikit perkembangan kebun perumahan

Semaian daun sup
Benih daun sup disemai walaupun perancangan asal ialah untuk menyemai daun salad. Ini kerana paket benih daun sup sudah dibuka. InsyaAllah akan menyemai daun salad pada minggu depan.

Benih Zucchini
Benih zucchini percubaan kali kedua yang dinanti nanti akhirnya bercambah. Benih kelihatan dimakan oleh serangga sedikit. InsyaAllah akan cuba menyemai lagi benih zucchini.

Pokok tin
Pokok tin akan cuba di tut lagi. Pokok green jordan sesuai untuk ditut buat masa ini.

Tuaian sawi renek
Nampaknya tidak ada rezeki untuk merasa sawi renek pada kali ini. Tuaian tidak bertahan lama selepas hampir separuh tanaman rosak kerana cuaca panas dan tidak disiram. Sayur bayam dan benih tomato masih lagi bertahan.

Ikan
Ikan ikan yang dipancing perlu diasingkan. Ikan keli walaupun nampak lemah gemalai tetapi suka menggigit ikan lain apabila dikurung dikawasan sempit.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus