balik kampung 3 April 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi pada minggu ini


Mempelam
Mempelam vareiti chokanan sudah mula berbunga kembali. Keadaan kebun agak semak dan perlu dibersihkan. Ayah sudah tidak larat nak membersih kebun kerana faktor usia dan kesihatan. Daun daun dikumpulkan dan dibakar. Manakala batang pokok mempelam perlu di tebang kerana mengganggu perjalanan ke kawasan belakang kebun.

Cari pegaga kampung
InsyaAllah terdapat beberapa benih pegaga kampung yang masih lagi hidup dimusim kemarau ini. Agak menakjubkan kerana herba pegaga ini dapat bertahan walaupun sudah hampir tiga bulan tiada hujan.

Bersih parit
Parit parit perlu dibersihkan kerana nampak terlalu kotor dengan sampah sarap yang dibuang kedalam parit begitu sahaja. Harap harap jiran jiran lebih menjaga kebersihan kawasan sekeliling. Disamping itu, pelepah nyior yang jatuh kedalam parit juga dikumpulan sebelum parit mula dipenuhi air apabila musim hujan tiba kelak.

Terung telunjuk
Terung telunjuk juga menunjukan daya tahan yang tinggi kepada musim kemarau yang panjang. Walaupun sudah beberapa bulan tidak disiram, pokok masih lagi bertahan dan masih berupaya menghasilkan buah. InsyaAllah akan cuba dibaja kelak.

Pancing ikan haruan
Minggu ini tidak berjaya mendapat sebarang hasil memancing. Namun, dapat juga menikmati masakan pindang ikan haruan. Ikan haruan yang dipancing minggu lepas disiang dan dimasak pindang untuk juadah makan tengah hari.

Projek ternak ayam
InsyaAllah pada minggu depan akan cuba mencari jaring untuk projek ternakan ayam kampung bagi meneruskan aspirasi ayah untuk membela ayam kampung sendiri. Kemungkinan vareiti ayam kampung hibrid akan dibeli.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus