perkembangan kebun perumahan 11 April 2016

Alhamdulillah, dapat mengurus sedikit kebun perumahan

Kolam ikan
Saluran kolam ikan yang tersumbat dibersihkan. Terdapat plastik dari bumbung lutsinar yang pecah berkumpul pada saluran air. Ini menyebabkan air tidak dapat di pam ke bahagian kolam yang menempatkan ikan keli. InsyaAllah akan cuba menambah vareiti ikan, cuma bimbang ikan ikan kecil akan menjadi makanan ikan ikan yang lebih besar.

Semaian
Semaian terbaru yang dicuba ialah kobis bulat, kucai dan salad. Harap harap semaiaan akan bercambah. Sudah berkali kali mencuba semaian kucai dan salad tetapi masih belum berjaya. InsyaAllah akan memulakan semaian terung dan kekacang pula.

Kerja kerja membersihkan kebun perumahan perlu diteruskan untuk memastikan laman rumah kemas dan cantik dipandang. Buat masa ini agak berselerak dengan kotak kotak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos