semaian terbaru, terung panjang hibrid dan terung putih

Alhamdulillah dapat juga menyemai terung panjang hibrid dan terung putih. Perancangan yang sudah lama tertangguh.

Benih terung biasanya diletakkan dengan racun kulat atau serangga yang menyebabkan biji benih berwarna merah. Jadi pekebun harus memastikan tangan dibersihkan selepas memegang biji benih.


Benih terung direndam selama seharian didalam air paip, sebelum disemai didalam bekas semaian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus