musim mempelam di kampung 2016

Alhamdulillah musim mempelam di kampung sedang berada di kemuncak. Buah buah sedang mulai masak. Terdapat pelbagai vareiti mempelam yang ditanam ayah. Dulu dulu ayah berkerja menghantar buah. Jadi ayah membawa balik benih benih mempelam yang ditanam dari biji benih. Ada pokok yang berusia lebih 20 tahun dahulu. Ada pokok yang menjadi sebesar pemeluk.



Buah mempelam dari varieti yang sedap dan manis bukan sahaja menarik perhatian orang. Malah burung, kelawar, musang, tupai, ayam dan itik. Pada waktu malam, musang dan kelawar datang memakan buah mempelam. Pada waktu siang pula, burung dan tupai datang memakan buah mempelam. Ayam dan itik pula menunggu buah buah yang jatuh. Jadi, pada awal pagi sebelum ayam memakan buah mempelam, buah perlu dikutip dengan cepat untuk mengelakkan buah rosak dimakan ayam dan itik.

Ada juga orang yang lalu lalang datang mengambil buah mempelam. Kalau tak minta izin, niatkan sebagai sedekah sahaja. Biar semua orang dapat merasa nikmat buah mempelam pada musim mempelam ini. Dulu dulu, mengikut cerita ayah, orang kampung sanggup berjalan jauh untuk menikmati buah mempelam di kebun mempelam. Biji benih dibawa balik dan semakin banyak pokok mempelam yang ditanam dikawasan kampung.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus