Perancangan semaian benih terung

InsyaAllah akan cuba menyemai beberapa vareiti terung lagi. Diantara vareiti yang akan dicuba ialah benih terung panjang hibrid dan terung bulat. Benih dari pembekal thailand dan dari pembekal online. Jika dilihat pada gambar pada pek biji benih, buahnya lebat dan besar.

Benih dibeli agak lama dahulu. Kalau bercambah bolehlah dikongsi dengan rakan rakan pekebun lain.

Terung hijau panjang boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada menu sampingan ikan bakar atau ditambah kedalam gulai. Terug hijau juga sedap dijadikan ulam mentah dan dimakan dengan sambal belacan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos