perkembangan kebun perumahan 12 Mei 2016

Alhamdulillah, dapat menjenguk sekejap kebun perumahan. Cuaca sekarang masih hujan dan mendung. Sesuai untuk memulakan percambahan biji benih.



Timun jepun
Alhamdulillah benih timun jepun sudah mula bercambah. Satu anak benih dipindahkan ke halaman rumah. Ditanam didalam lubang pada tanah yang terbentuk pada perdu mempelam yang ditebang lama dahulu.

Semaian lain

Semaian salad, cabai solok dan beberapa vareiti kobis nampaknya belum lagi bercambah. InsyaAllah akan cuba teknik rendaman  semalaman biji benih sebelum disemai kedalam medium percambahan.

Kangkung, bayam dan lobak putih
Perkembangan kangkung, bayam dan lobak putih adalah baik dimusim hujan ini. InsyaAllah harap harap dapat dituai sebelum bulan puasa. Lintah bulan menjadi perosak bagi anak bayam yang baru hendak membesar. Habis diratah anak bayam tinggal batang sahaja. Lintah bulan yang dijumpai dikumpulkan dan dimusnahkan.

Terung
Benih terung vareiti putih kurang tahan lasak. Hanya beberapa anak benih yang masih bertahan. Manakala benih terung ungu panjang hibrid hanya menunggu masa untuk dialihkan kedalam polibeg bagi perkembangan seterusnya sebelum dialih ke tanah dalam sebulan lagi.

Terung telunjuk diluar rumah pula mengalami kekeringan yang terung. Kemungkinan akan petola bantal sudah masuk ke dalam pasu terung telunjuk dan menyedut air. InsyaAllah akan lakukan pemeriksaan bila ada kelapangan nanti.



Ikan haruan
Ikan haruan yang dipancing mati lagi. Tak sempat nak dijadikan hidangan. InsyaAllah lain kali akan asingkan ikan haruan yang dipancing mengikut saiz ikan.

Ulasan

  1. Subur nampak anak2 bayam merah tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. subur dimusim hujan sekarang :),

      benih tumbuh sendiri dari semaian musim yang lalu

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus