perkembangan kebun perumahan, 17 Mei 2016

Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun perumahan yang boleh dilaporkan.


Timun jepun

Anak benih timun jepun yang dipindah ke kawasan luar didapati hilang. Rupanay sebahagian pucuk anak benih sudah dimakan perosak. Jadi, anak benih baru dipindahkan untuk menggantikan benih yang rosak.

Cambahan cabai solok

Anak benih cabai solok sudah mula bercambah. Hampir dua minggu semaian baru ada tanda tanda hendak bercambah.


Bayam merah, bayam hijau, lobak putih dan kangkung


Bayam merah sudah sedia untuk dituai, manakala bayam hijau, lobak putih dan kangkung sedang membesar. InsyaAllah akan dapat dituai dalam masa dua minggu sahaja lagi.

Laman rumah perlu dikemaskan lagi. InsyaAllah hujung minggu ini akan cuba luangkan sedikit masa. Disamping itu, akan cuba buat satu set akuaponik di rumah sebagai percubaan.

Gambar akan diletakkan kemudian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus