perkembangan kebun perumahan 24 Mei 2016

Alhamdulillah ada sedikit perkembangan kebun perumahan pada pengakhiran bulan mei 2016 ini.



Salad hongkong
Benih sawi hongkong yang dibeli beberapa tahun dahulu masih lagi bernas. Peratusan percambahan  masih belum dapat dipastikan.

Basil
Anak anak benih basil semakin membesar. InsyaAllah akan dipindah ke kawasan yang lebih banyak cahaya matahari.

Kangkung
Anak benih kangkung sebahagiannya rosak dikerjakan oleh kucing. Kucing tertarik dengan pokok kucing galak yang tumbuh didalam pasu kangkung. Jadi, pokok kucing galak dicabut supaya baki benih akan terselamat.



Bayam
Anak anak bayam semakin membesar. Agak padat didalam satu pasu kecil namun nampak masih sihat. Daun daun bayam habis berlubang akibat dimakan ulat. Sedikit bayam merah dapat dituai untuk dijadikan masakan.

Semaian kobis bulat lagi
Semaian baru kobis bulat dibuat kerana benih yang sebelum ini tidak berjaya membesar akibat dimakan oleh perosak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus