perkembangan kebun perumahan, 7 Mei 2016

Alhamdullillah, hujung minggu ini dapat digunakan masa yang ada untuk membersihkan sedikit kebun perumahan. Hujan yang turun hampir setiap petang menjadikan kerja menyiram tidak perlu dilakukan.

Semaian benih

Semaian yang bercambah setakat ini ialah basil dan kangkung. Benih basil nampaknya disukai oleh lintah bulan. Jadi perosak dikutip untuk dimusnahkan.  Manakala semaian cili solok, ketumbar jawa, salad belum bercambah.

Semaian terbaru baru minggu ini ialah salad, kobis merah, brokoli dan juga timun jepun. Harap harap benih akan bercambah insyaAllah.

Tuaian minggu ini

Alhamdulillah dapat menuai daun bayam dan daun kaduk.

Ubah tempat
Pasu pasu yang mengandungi benih lobak putih dan bayam dipindahkan ke luar supaya mendapat cahaya matahari yang cukup untuk tumbesaran. Manakala, benih terung pula mulai dipindah ke polibeg yang masih ada. Bagi benih terung akan cuba dipindahkan ke bekas lain secepat mungkin.



Memancing
Alhamdulillah dua ekor ikan haruan berjaya dipancing. Rezeki walaupun hampir sejam memancing tanpa sebarang hasil. Akhirnya ada juga ikan yang sudi memakan umpan. Disamping itu, peluang air pasang tengah hari digunakan untuk belajar mencari cacing pasir. Alhamdulillah, semakin faham teknik mencari cacing pasir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus