balik kampung 19 Jun 2016

Alhamdulillah dapat balik berbuka puasa di kampung pada minggu lepas. Cuaca mendung sepanjang hujung minggu lepas.

Mempelam
Masih banyak lagi buah mempelam yang ada diatas pokok. InsyaAllah balik kampung pada minggu hadapan akan cuba tuai buah yang masih ada diatas pokok. Rugi jika dibiarkan gugur begitu sahaja.

Semaian bayam
Semaian bayam terpaksa ditanam sekali lagi. Aktiviti meracun dibelakang rumah menyebabkan semua bayam mati.

Pokok tin
Alhamdulilah pokok tin di kampung sudah mulai mengeluarkan putik buah. Harap harap buah akan cepat membesar.

Bersih parit
Parit dihadapan rumah tersumbat menyebabkan air bertakung dihadapan rumah. Sempat juga membersihkan lubang yang tersumbat. Semasa membersih parit, seekor lintah hinggap di lengan. Nasib baik belum sempat lintah menghisap darah.



Tuaian terung
Alhamdulilah, terung telunjuk semakin menjadi jadi. Hampir sedozen terung berjaya dituai.

InsyaAllah tumpuan pada minggu sebelum raya ialah mengemas halaman rumah disampaing membersihkan semak samun dibelakang rumah. Banyak sampah sarap dibelakang rumah bertaburan akibat dibawah air sungai yang melimpah. Disamping itu, banyak ranting kayu yang perlu ditebang akibat tumbang semasa ribut bulan lepas.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus