berkebun di bulan ramadhan, 6 Jun 2016

Alhamdulillah balik kampung minggu lepas sempat berkebun sedikit.

Masa waktu pagi pada hari puasa 1 Ramadhan diantara jam 7 pagi sehingga 9 pagi digunakan untuk aktiviti berkebun.



Aktiviti pertama ialah mengutip buah mempelam yang masih banyak di belakang rumah. Dahan pokok sudah hampir tunduk ke tanah menahan beban berat buah. Buah buah yang tinggi dikait menggunakan galah buluh. Ada satu vareiti mempelam yang mempunyai bentuk yang pelik tetapi sedap. Tetapi buah cepat rosak dan harus dimakan segar.



Semaian bayam juga sudah bercambah tetapi masih kecil. Semaian timun jepun pula sudah menunjukkan tumbesaran yang baik. Baja tahi ayam ditambah untuk menggalakan lagi tumbesaran pokok bayam dan timun jepun.



Beberapa hari sebelum ramadhan, pucuk tenggek burung dituai untuk dimakan semasa tengah hari. Alhamdulillah, pokok tenggek burung semakin banyak mengeluarkan pucuk.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus