perkembangan kebun kampung, 12 Jun 2016

Alhamdulillah sempat mengemas sedikit kebun perumahan di bulan ramadhan ini. Agak kepenatan menjelang waktu tengah hari kerana aktiviti berkebun memerlukan pergerakan fizikal yang banyak.



Tuai sayuran berdaun dan terung
Alhamdulillah, kangkung, sawi renek dan bayam dituai. InsyaAllah akan dijadikan hidangan untuk bersahur. InsyaAllah kebiasaanya tuaian bayam dan kangkung untuk kali kedua akan lebih banyak berbanding tuaian pertama. Beberapa terung telunjuk juga dapat dituai daripada satu pokok yang ditanam didepan rumah.

Semaian cabai solok
Beberapa anak benih cabai solok dipindahkan ke bekas tanaman yang baru. Bekas tanaman dibuat daripada botol air mineral yang dipotong dua. Ada banyak lagi anak benih cabai solok yang perlu dipindah.

Basil
Semaian basil diubah ke luar rumah supaya dapat menerima lebih banyak cahaya matahari. Harap harap akan menjadi lebih subur.

Semai selasih thai
Bekas tanaman yang kosong selepas sawi renek dituai ditambah dengan tanah yang baru dan disemai dengan benih selasih thai. Harap harap ada yang tumbuh.

Benih zucchini
Semasa mengemas kawasan kebun. masih ada benih zucchini yang dibeli sebelum ini. Benih disemai didalam bekas semaian dahulu. Harap harap dapat bercambah.



Mulberi
Mulberi semakin banyak yang masak di pokok. Buah buah yang masak dituai dan disimpan dahulu. InsyaAllah akan dimakan bersama yogurt semasa bersahur.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus