perkembangan kebun perumahan, 19 Jun 2016

Alhamdulillah kerja kerja mengemas kebun perumahan berjalan lancar. Pokok pecah beling, belalai gajah dan bebuas dipangkas supaya kurang merimbun dan nampak lebih kemas.


Tuaian mulberi, terung dan buah tin

Mulberi yang banyak masak dipokok dituai. Disamping itu, buah tin dapat dituai. Buah tin varieti Green Jordan berbuah sebesar ibu jari sahaja. InsyaAllah akan cuba lagi mendapatkan buah yang lebih besar dengan menjaga pembajaan dan pengairan. Buah terung juga dituai dan akan cuba dijadikan sebahagian bahan dalam masakan dalca untuk berbuka puasa.


Cabai solok

Benih benih cabai diubah kedalam bekas minuman air 1.5 liter yang dipotong dan dijadikan bekas tanaman. InsyaAllah apabila pertumbuhna sudah baik, pokok akan dipindahkan ke atas tanah di kampung.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus