perkembangan kebun perumahan 30 Mei 2016

Alhamdulillah kebun perumahan dalam proses diurus semua. Harap harap akan semakin kemas dan cantik dipandang. Pokok pokok herba seperti pecah beling, belalai gajah dan bebuas perlu dipangkas.


Mulberi
Buah mulberi semakin banyak yang masak. Harap harap dapat tuai sedikit dan makan bersama yogurt.

Timun jepun
Anak benih timun jepun yang disemai diluar nampak terbantut. Akan cuba semai benih yang baru ataupun benih timun betik.

Bayam
Bayam semakin membesar dan musim hujan ini banyak membantu. Baja organik diguna dan daun daun bayam nampak menghijau.

Semaian cabai
Belum sempat mengalihkan semaian cabai. InsyaAllah akan dipindahkan ke dalam polibeg yang lebih besar dan dipindahkan kebahangian luar rumah.

Semaian basil
Semaian basil nampaknya perlu diubah kebahagian luar rumah supaya mendapat cahaya yang mencukupi. Semaian nampak terbantut pada masa ini.

Pokok tin
Buah tin vareiti green jordan masih belum masak walaupun sudah begitu lama di pokok. Masih lagi keras walaupun buah begitu lama menunduk seperti hendak masak.

Terung
Terung telunjuk diluar rumah sudah sesuai untuk dituai. Belum ada masa lagi untuk menuai buah terung.

Semaian Kobis bulat
Semaian kobis bulat langsung tidak tumbuh. Nampaknya akan cuba semaian baru. InsyaAllah akan cuba menghabiskan stok biji benih lama yang masih ada. Lebih baik disemai daripada dibiarkan rosak begitu sahaja.

Gambar akan diletakkan kemudian.


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus