balik kampung 17 Julai 2016

Alhamdulillah dapat balik sekali lagi ke kampung. Kali ini sempat singgah di rumah mentua, Tuk Timah sebelum balik ke kampung.



Kuih cek mek molek


Alhamdulillah dapat merasa kuih cek mek molek yang dibuat oleh Tuk Timah. Sedap dimakan panas panas bersama air kopi. Kebiasaanya kuih cek mek molek menggunakan ubi keledek. Ubi kayu juga boleh digunakan sebagai alternatif.

Terung

Pokok terung yang disemai di kebun perumahan dibawa balik ke kebun kampung. Hanya dua anak benih pokok terung yang tinggal. InsyaAllah akan menyemai lagi anak benih pokok terung.




Timun jepun

Timun jepun yang ditanam sudah sedia dituai. Nampaknya agak terlewat menuai timun kerana buah timun sudah sangat besar. Kali ini tiga buah timun jepun berjaya dituai. InsyaAllah timun akan dapat dituai beberapa kali lagi.

Kulat sisir

Kulat sisir yang tumbuh di batang kayu mempelam dikutip. Harap harap dapat merasa masakan menggunakan kulat sisir bila balik dari kampung.

Bersih kebun kelapa

Kebun kelapa yang sudah sekian lama tidak dibersihkan akhirnya berjaya dicuci sedikit. Buah buah yang masih elok dikumpulkan. Pelepah kelapa dikumpulkan untuk dibakar apabila kering. InsyaAllah akan meneruskan kerja pembersihan dalam dua minggu lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus