mengurangkan belanja dapur dengan mengelakkan pembaziran

Diantara cara mengurangkan belanja dapur ialah dengan mengurangkan pembaziran. Diantara sumber pembaziran ialah makanan yang disimpan didalam peti ais. Selepas beberapa hari makanan dibiarkan akhirnya rosak begitu sahaja didalam peti ais.

Seeloknya baki makanan dihabiskan sebelum memasak makanan baru. Semasa menghidangkan makanan yang baru dimasak. Pastikan makanan yang ada didalam peti sejuk dikeluarkan dan dipanaskan untuk dimakan bersama makanan yang baru dimasak.

Kadang kadang selepas habis kerja, kebiasaanya akan singgah di kedai makan sebelum balik rumah. Ini menyebabkan makanan dirumah tidak dijamah dan ditinggalkan begitu sahaja. Jika boleh, ambil snek ringkas untuk mengurangkan keinginan untuk makan dan balik ke rumah untuk menghabiskan makanan yang ada di rumah.

Dengan berjuta juta penduduk dunia yang kelaparan setiap hari. Diharap kita dapat mengurangkan pembaziran dan berbelanja kepada kearah kebajikan seperti menaja pakej korban di tempat yang memerlukan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus