perkembangan kebun perumahan selepas raya 11 Julai 2016

Alhamdulillah hampir seminggu berhari raya di kampung dan balik kembali ke kebun perumahan.

Pokok pokok didalam pasu masih bertahan kerana dipindahkan ke bahagian ruang rumah. Cuma beberapa pokok tin sudah mulai luruh daun kerana pokok tin sensitif kepada kekurangan air.

InsyaAllah sistem pengairan automatik tidak lama lagi untuk mengatasi masalah penyiraman. Kesemua peralatan sudah dibeli dan sudah diuji. Kos pembelian tidak sampai RM 120. Semoga pokok pokok yang memerlukan banyak air tidak mati kekeringan lagi.

Air didalam kolam takungan juga berkurangan dengan banyak kerana hampir tiada hujan sepanjang cuti hari raya.

Sedikit tuaian ulam lemak ketam, daun bayam, pucuk petola bantal dan daun kari dari kebun perumahan untuk kegunaan memasak pada minggu ini.

Gambar akan diletakkan kemudian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus