projek mini aquaponic bulan Ogos 2016

InsyaAllah pada bulan depan akan memulakan projek mini aquaponik. Projek berskala kecil untuk disesuaikan dengan rumah di kawasan flat ataupun kawasan penanaman yang terhad.

Tujuan projek ialah untuk mengurangkan pembaziran makanan dan mengelakkan sisa dapur dibuang begitu sahaja.

Ikan kaloi dan ikan keli akan dibela. Ikan kaloi akan dibeli daripada kedai akuarium. Kemungkinan ikan keli akan dipancing dikawasan sungai untuk mendapatkan stok.

Sistem mengepam air menggunakan tenaga solar akan dicuba.

Sayur sayuran seperti kangkung dan bayam akan cuba ditanam. Kangkung sangat sesuai untuk pertumbuhan dikawasan yang berkelempan tinggi. Bayam pula mudah tumbuh.

InsyaAllah akan juga cuba membela beberapa ekor burung puyuh untuk mendapatkan telur dan daging.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus