sembang bersama tukang kebun

Kebetulan tukang kebun yang baru bekerja di tempat kerja bercerita tentang kerja kerja dia membersih kawasan halaman tempat kerja.

Rumput rampai dicabut daripada kawasan halaman kerana rumput menyebabkan pokok hiasan  yang ditanam tidak mendapat nutrien yang secukupnya. Disamping itu, rumput rampai juga menyebabkan pokok hiasan layu kerana bersaing mendapatkan bekalan air didalam tanah.

Tukang kebun nampak sangat gembira. Dia ceritakan bagaimana dia sudah berjaya selesaikan hutang rumahnya. Disamping sedikit cerita politik. Jadi kerja berkebun ini sebagai satu kerja mengisi masa lapang.

Antara tips yang dikongsi dalam penanaman ialah dia elakkan penggunaan baja kimia kerana katanya baja kimia hanya memberi kesan yang sementara sahaja. Tukang kebun tersebut mencadangkan penggunaan baja daripada bahan sisa kebun yang dibakar seperti tanah bakar dikawasan kampung. Tanah bakar lebih baik untuk tanaman bagi masa panjang dan mengurangkan kekerapaan pembajaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus