balik kampung 14 Ogos 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung pada minggu ini. Hanya masa sekitar dua jam pada waktu petang ahad dapat digunakan untuk tujuan berkebun.

Potong rumput sekeliling rumah

Rumput rumput yang tumbuh di sekeliling rumah dipotong supaya laman rumah nampak kemas. Ayah sudah tidak larat lagi untuk memotong rumput kerana cepat letih sejak kebelakangan ini.

Ayam piru

Ayam piru yang ayah beli ketika bulan puasa dahulu sudah hampir berusia dua bulan. Keadaan anak ayam nampak sihat dan membesar dengan baik.

Timun mini

Semaian timun mini dipindahkan ke batas tanaman. Terdapat dua tempat penanaman. Satu kawasan batas terletak berhampiran rumah dengan tanah yang gembur. Satu lagi kawasan penanaman adalah batas tanah merah. Batas tanah merah menjadi sarang semut merah. Harap harap dapat memperbaiki tanah supaya semut merah tidak lagi bersarang dikawasan batas kerana semut merah menyebabkan afid mudah membiak.

Tanaman kantan

Pokok kantan yang diambil dari rumah tok timah dibawa balik ke kampung. Kesemua rizom ditanam didalam satu lubang kerana kesuntukan masa. Tempat tanaman yang dipilih ialah berhampiran teduhan pokok mempelam. Harap harap dapat menuai bunga kantan pada hujung tahun ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus