balik kampung 31 Julai 2016

Alhamdulillah dapat balik ke kampung lagi. Kerja kerja menebas kampung masih banyak yang perlu dilakukan. Buat masa ini, masa suntuk tak sempat nak melakukan perkara perkara yang tertangguh. Hampir seminggu hujan tidak turun di kampung.

Timun jepun
Pokok timun jepun yang ditanam sudah tidak menghasilkan buah lagi. Jadi, pokok dibuang dan akan digantikan dengan benih yang baru.

Terung
Buah terung telunjuk masih lagi produktif. Namun, sudah ada tanda tanda pokok semakin dimakan usia seperti mulai diserang penyakit. InsyaAllah akan cuba semai anak benih baru bagi menggantikan pokok terung sekarang.

Serai
Bekalan serai dirumah sekarang ini hanya dibeli dari pasar. Jadi, serai ditanam dikawasan belakang rumah.

Pisang

Pisang yang ditanam dikawasan belakang rumah sudah banyak yang mulai berbuah. Ada yang mulai hendak tumbang dan perlu diletakkan pancang bagi mengelakkan pokok pisang patah dan rebah ke tanah. Disamping itu, tandan pisang juga selalu menjadi sasaran pencuri pisang. Baru baru ini, lima tandan pisang yang hampir masak dicuri.

Bunga kantan

Harga bunga kantan begitu mahal sekarang. Hampir RM 4 bagi satu kuntum. Dulu dulu sangat mudah didapati di kebun. InsyaAllah akan cuba tanam kembali bunga kantan.

Memancing

Alhamdulillah ada sedikit hasil daripada memancing minggu ini. Musim menuai padi semakin hampir, insyaAllah akan lebih mudah memancing ikan dalam sebulan lagi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

balik kampung, 14 Jun 2020

cara buat lemang

percubaan memasak beras rebus