ikan duri,rebung madu dan udang

Alhamdulillah ada sedikit hasil dari laut dan juga dari kebun kampung yang akan dijadikan hidangan tengahhari.


Ikan duri yang dipancing hujung minggu lepas masih elok digunakan. InsyaAllah boleh dijadikan masakan kicap ataupun dibuat kari. Umpan cacing laut yang ditangkap pada petang jumaat digunakan untuk memancing ikan duri. Alhamdulillah tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan beberapa ekor ikan duri.

Rebung madu pula dituai ditepi parit di kawasan kampung. Rebung rebung muda boleh dituai dengan mematahkan perlu rebung yang masih lembut. Mak membuang kulit rebun dan miang rebung. Kemudian dirincik halus sebelum direbus. Sedikit gula dan garam diletakkan semasa merebus rebung yang dirincik. Sedap dimakan sebagai ulaman ataupun dimasak sebagai kari.

Jala udang



Disamping itu, berkesempatan juga belajar menjala udang. Masih lagi perlu berlatih membuat tebaran jala yang kemas. Waktu yang sesuai untuk menjala udang ialah ketika air laut bergerak pasang. Diantara kawasan yang sesuai ialah di kawasan jeti Tanjung Musang, Batu Kawan. Alhamdulillah, ada beberapa ekor udang berjaya dijala disamping seekor ikan kitang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos