inspirasi kebun

Alhamdulillah baru balik dari melawat saudara di Selangor.



Kagum dengan keadaan kebun yang seluas beberapa ekar begitu subur dan terurus. Terdapat pelbagai jenis pokok buah buahan seperti durian, pulasan, rambutan dan nangka. Pokok pokok tersebut sudah mula mengeluarkan hasil. Lebihan hasil ada yang dijual dan mencapai jualan sehingga ribuan ringgit

Disamping itu banyak tanaman sayuran yang ditanam disekeliling kebun seperti bendi, terung bulat, petola, tebu dan timun. Tanaman semuanya nampak sihat dan subur. Tak perlu lagi membeli di pasar.

Terdapat juga ternakan ayam, kambing dan lembu di kawasan kebun. Ternakan lembu begitu menjadi dan terdapat beberapa ekor lembu yang baru beranak.

Permulaan keluarga saudara dari keluarga yang susah dan daif dan akhirnya berjaya menjadi inspirasi disamping memberi keinsafan tentang keluasan rezeki Allah SWT. Penghijrahan mereka sehelai sepinggang pada usia muda ke kota besar untuk mengubah kehidupan keluarga.

InsyaAllah akan cuba menjadikan sebagai inspirasi untuk mengusahakan tanah kebun dirumah dengan lebih baik lagi.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ulaman pokok lemak ketam

cara bela cacing untuk kompos